Monday, 1 April 2013


      RUMUSAN

Aktiviti yang disediakan kebanyakannya adalah berpusatkan murid. Pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan jika murid-murid yang melakukan aktiviti pembelajaran.

      Bagi murid-murid yang cerdas, aktiviti yang disediakan lebih mencabar, murid-murid perlu membaca dan memahami arahan dalam Kad Domino Peratus  serta menjalankan aktiviti dengan lebih berdikari. Bagi murid-murid yang lemah, aktiviti pengajaran yang sama dijalankan tetapi dengan bimbingan guru. Murid-murid berasa lebih yakin dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan memahami apakah yang sedang dilakukan.

Murid-murid juga dipupuk dalam aspek pemikiran kritis semasa mereka membuat pengiraan blok asas. Pemikiran kritis adalah penting dalam pembelajaran matematik kerana murid-murid berkeupayaan untuk membanding beza, membuat ramalan, menyelesaikan masalah matematik dan membuat keputusan yang relevan.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah dari mudah ke lebih susah. Murid-murid perlu menguasai dan memahami konsep penukaran pecahan perseratus kepada peratus dahulu dan barulah bersedia untuk mempelajari bagaimana untuk mengira pecahan wajar lain kepada peratus. Pembelajaran secara berperingkat dapat memastikan murid-murid benar-benar memahami apa yang dipelajarinya. Seterusnya murid-murid dapat mempelajari kemahiran-kemahiran matematik yang lebih susah dan kompleks.






RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK







MEMBINA RESOS

Dalam tugasan kali ini, pelajar dikehandaki untuk membuat resos yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. Tajuk yang telah diilih adalah tajuk pengenalan topik peratus kepada murid darjah lima. Pengetahuan sedia ada murid adalah murid telah belajar pecahan wajar.

1.BAHAN PEMBUATAN
Bahan yang digunakan untuk membuat kad domino adalah sekeping mounting board  yang dipotong dalam saiz yang seragam. Kemudian guru menampal kertas yang dicetak diatasnya pecahan dan peratus.

Gambar 1.0

Gambar kad Domino Peratus
2.  CARA PENGGUNAAN
Pada permulaan guru hendaklah membahagikan murid kepada beberapa kumoulan. Bilangan pemain bagi permainan ini adalah 3-5 orang bagi setiap kumpulan. jika bilangan murid ramai, guru boleh membuat lebih banyak kad. sekurang-kurangnya seorang murid akan mendapat 3 keping kad Donimo Peratus Pada permulaan permainan, sekeping kad perulaan akan dicabut dan diletakkan di atas permukaan meja atau permukaan yang rata. Setelah undian dilakukan, pemain pertama akan meletakan gabungan pasangan yang betul antara peratus dan pecahan perseratus. contohnya 45%, maka pemain perlu meletakan bahagian pecahan perseratus 45/100 berhanpiran bahagian 45%. Kumpulan Pemenang dikira berdasarkan kepantasan menyusun kad mengikut padanan yang sesuai. Jika ingin lebih meriah, guru boleh sediakan hadiah kepada kumpulan yang menang.
Gambar 1.2

Pelajar akan menyusun padanan kad yang sesuai

Gambar 1.3

Keadaan kad yang lengkap disusun





ESEI PENDEK

Resos adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pengajaran. Terdapat beberapa definisi atau takrif mengenai resos daripada beberapa pihak.  
            Menurut Ng Kuen Sang (1981), kita tidak dapat memberikan takrif khusus tentang resos pengajaran tetapi ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan resos dalam situasi pengajaran sewaktu sesi PdP adlah melibatkan penglihatan dan pandangan pelajar. Sementara itu, Atan Long (1982) bahan-bahan dan resos pengajaran ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran dipanggil resos pembelajaran.
            Resos dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua jenis. Pertama resos dalam bentuk tiga dimensi dan dalam bentuk dua dimensi. Menurut, Max A.Sobel, resos juga boleh dibahagikan kepada dua kelas. Iaitu resos bercetak dan resos tidak bercetak. Antara contoh bahan resos bercetak adalah al-quran, nota edaran, risalah, jurnal, modul pembelajaran buku teks, surat khabar dan  buku rujukan. Manakala resos tidak bercetak pula terdiri daripada bahan visual bukan tayang, bahan visual tayang 2D, bahan audio, bahan audio visual, bahan computer, bahan 3D, bahan permainan dan simulasi bahan maujud.
            Jika diteliti, terdapat pelbagai kepentingan penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan resos, seseorang guru itu dapat menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Matematik. Penguasaan konsep asas sesuatu topik Matematik adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan penguasaan terhadapa aspek-aspek lain lebih mudah. Sebagai contoh, penggunaan blok asas 10 dalam mengajar konsep peratus adalah sangat efektif yang mana ia bukan sahaja membantu pelajar mengenal peratus malah ia juga membantu murid mengingat kembali konsep pecahan dan nombor bulat.
             Di samping itu, resos pada asasnya bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan masa dan tenaga pengajar selain dari memperkayakan pengalaman pelajar. Ini dapat dibuktikan dengan menggunakan persembahan slaid yang mana guru tidak perlu lagi membazir masa untuk menulis atau melukis di papan hitam. Tambahan pula, slaid itu juga bersifat kekal dan sekiranya mana-mana pelajar lupa akan input-input pada slaid tersebut, guru boleh mempamerkannya semula dan murid boleh menjana semula daya ingatan mereka .  
            Selain itu, dengan adanya resos ia dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru. Dengan adanya resos, ia akan menjadi seolah-olah daya penarik yang cukup penting terhadap pelajar, lebih-lebih lagi jika resos itu berwarna-warni dan mempunyai bentuk yang unik. Resos juga dapat memperjelaskan penyampaian mesej bahan pengajaran dan mengatasi batasan ruang waktu dan pancaindera pelajar dengan membawa masuk situasi sebenar ke dalam bilik darjah melalui tayangan video dan sebagainya. Hal ini akan melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran supaya mereka memperoleh pengalaman dan persepsi yang sama dengan orang lain.
            Bukan itu sahaja, dengan penggunaan resos sewaktu sesi PdP Matematik ini membantu guru untuk membina pemikiran berterusan bukan sahaja sepanjang sesi PdP tetapi sepanjang kehidupan mereka. Ini dapat dijana dengan mempertontonkan filem-filem bergerak atau mempersembahkan lakonan kepada pelajar mengenai mana-mana topik Matematik.
            Selain itu juga, penggunaan resos ini dapat membantu murid meningkatkan pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata mereka. Apabila seseorang guru menggunakan resos-resos bercetak seperti surat khabar, dari situ murid akan meningkatkan tahap penguasaan perbendaharaan kata mereka di samping menguasai konsep Matematik.
            Secara tuntasnya, penggunaan resos sewaktu sesi PdP Matematik adalah sangat penting berikutan implikasinya yang sangat positif dan efektif bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar jua. Sesi PdP akan menjadi lebih berkesan dan secara automatiknya, objektif PdP tersebut akan tercapai, bererti objektif kurikulum turut tercapai sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.
(1,137 patah perkataan)
PENDAHULUAN

Resos menurut Norani Idris, resos  memberi maksud  peralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.

      Selain itu, bahan sumber atau resos juga merupakan apa - apa penerbitan, bahan, gambar, perkakas, model, carta, objek alat radas yang berperanan untuk menyebarkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

      Bagi subjek MTE 3109 ini, guru pelatih dikehendaki untuk menyempurnakan satu tugasan projek yang mengandungi beberapa sub-tugasan yang berbeza. Pertama sekali, guru pelatih perlu mengarang satu esei berkenaan kepentingan penggunaan resos seaktu sesi PdP Matematik.
     
      Kemudian, tugasan yang kedua adalah berkenaan pembinaan resos secara berkumpulan. Resos yang dibina itu akan digunakan untuk menyokong pelaksanaan sesi PdP.Seterusnya, bagi tugasan yang ketiga, guru pelatih perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap. RPH tersebut perlu disediakan berdasarkan topik Matematik yang telah dipilih serta resos yang telah dibina.

      Tugasan keempat adalah pelaksanaan pengajaran mikro yang akan dilaksanakan oleh guru pelatih di bawah pemantauan pensyarah pembimbing sewaktu sesi kuliah dan akhir sekali, segala kandungan tugasan projek ini perlu dimuatkan ke dalam ruangan blog yang perlu dicipta dengan inisiatif sendiri.