Monday 1 April 2013


      RUMUSAN

Aktiviti yang disediakan kebanyakannya adalah berpusatkan murid. Pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan jika murid-murid yang melakukan aktiviti pembelajaran.

      Bagi murid-murid yang cerdas, aktiviti yang disediakan lebih mencabar, murid-murid perlu membaca dan memahami arahan dalam Kad Domino Peratus  serta menjalankan aktiviti dengan lebih berdikari. Bagi murid-murid yang lemah, aktiviti pengajaran yang sama dijalankan tetapi dengan bimbingan guru. Murid-murid berasa lebih yakin dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan memahami apakah yang sedang dilakukan.

Murid-murid juga dipupuk dalam aspek pemikiran kritis semasa mereka membuat pengiraan blok asas. Pemikiran kritis adalah penting dalam pembelajaran matematik kerana murid-murid berkeupayaan untuk membanding beza, membuat ramalan, menyelesaikan masalah matematik dan membuat keputusan yang relevan.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah dari mudah ke lebih susah. Murid-murid perlu menguasai dan memahami konsep penukaran pecahan perseratus kepada peratus dahulu dan barulah bersedia untuk mempelajari bagaimana untuk mengira pecahan wajar lain kepada peratus. Pembelajaran secara berperingkat dapat memastikan murid-murid benar-benar memahami apa yang dipelajarinya. Seterusnya murid-murid dapat mempelajari kemahiran-kemahiran matematik yang lebih susah dan kompleks.






No comments:

Post a Comment